ceep logo removebg preview

Adakah Terlambat untuk Anak 9 Tahun Belajar Fonik?

Adakah Terlambat untuk Anak 9 Tahun Belajar Fonik? | KLC Language Centre

Adakah Terlambat
untuk Anak 9 Tahun Belajar Fonik?

Anak boleh baca perkataan yang biasa tetapi tersekat pada perkataan baharu? Inilah maksudnya — dan apa yang benar-benar membantu.

Ibu bapa dan anak membaca buku cerita bersama di rumah

Jawapan ringkas: ya, masih sempat.

Walaupun fonik biasanya diperkenalkan pada peringkat awal pembelajaran membaca, kanak-kanak yang lebih berusia masih boleh mendapat manfaat daripada pengajaran fonik yang sistematik — terutamanya jika mereka masih menghadapi masalah penyahkodan , iaitu menggunakan pengetahuan huruf dan bunyi untuk membaca perkataan yang tidak dikenali.

Kajian oleh National Reading Panel, di bawah National Institute of Child Health and Human Development (NICHD), mendapati bahawa pengajaran fonik secara sistematik membantu meningkatkan kemahiran membaca dan penyahkodan — termasuk manfaat untuk kanak-kanak yang lebih berusia dan mengalami kesukaran membaca.

Jadi, jika anak anda berusia 9 tahun dan masih menghadapi masalah membaca Bahasa Inggeris, ia bukan semestinya kerana mereka "terlambat". Mungkin mereka hanya memerlukan asas membaca yang lebih kukuh.

Apa itu fonik?

Fonik ialah kaedah mengajar kanak-kanak memahami hubungan antara huruf dan bunyi. Contohnya:

c → /k/
a → /æ/
t → /t/

Kemudian, anak belajar menggabungkan bunyi tersebut (proses ini dipanggil blending):

/k/ + /æ/ + /t/ cat

Dengan cara ini, anak tidak perlu menghafal setiap perkataan. Mereka belajar cara untuk membaca perkataan baharu dengan sendiri.

Apa itu sintetik fonik?

Sintetik fonik ialah pendekatan yang mengajar kanak-kanak mengenal bunyi huruf atau gabungan huruf, sebelum menggabungkan bunyi tersebut untuk membentuk perkataan. Contohnya:

s + h + i + p ship

Daripada hanya menghafal perkataan, anak belajar satu kemahiran yang boleh digunakan untuk membaca perkataan yang belum pernah mereka lihat. National Reading Panel menyatakan bahawa sistematik fonik, termasuk pendekatan sintetik fonik, boleh membantu perkembangan penyahkodan dan word recognition. Education Endowment Foundation (EEF) turut menyatakan bahawa fonik mempunyai bukti yang kukuh dalam menyokong perkembangan membaca, termasuk untuk murid yang mengalami kesukaran penyahkodan.

Kenapa anak 9 tahun masih mungkin perlukan fonik?

Umur 9 tahun tidak semestinya bermaksud semua kemahiran membaca sudah dikuasai. Ada kanak-kanak yang boleh membaca perkataan yang biasa mereka lihat, tetapi masih sukar membaca perkataan baharu.

Boleh baca dengan yakin book, school, teacher
Masih sukar careful, exciting, wonderful

Tanda-tanda yang menunjukkan anak memerlukan lebih sokongan dalam penyahkodan:

  • Sering meneka perkataan
  • Berhenti apabila jumpa perkataan baharu
  • Sukar membunyikan perkataan
  • Membaca dengan sangat perlahan
  • Kurang yakin untuk membaca Bahasa Inggeris
  • Sukar mengeja perkataan yang belum biasa dilihat

EEF turut menyatakan bahawa fonik boleh sesuai untuk murid yang lebih berusia jika mereka masih mengalami kesukaran dalam penyahkodan. Namun, jika masalah utama ialah kosa kata atau kefahaman, kemahiran tersebut juga perlu diberi perhatian.

Gambar dekat tangan seorang kanak-kanak membelek buku bergambar berwarna-warni

"Tapi anak saya dah tahu ABC!"

Mengetahui ABC tidak semestinya bermaksud anak sudah menguasai fonik. Anak mungkin tahu A, B, C, D — tetapi masih sukar menghubungkan huruf dengan bunyi, dan menggabungkan bunyi tersebut ketika membaca.

Mengetahui s + h + i + p adalah berbeza daripada mampu menggabungkannya untuk membaca ship. Sebab itu fonik bukan sekadar belajar huruf — ia membantu anak membina hubungan:

Huruf Bunyi Penggabungan bunyi Perkataan Membaca

Adakah fonik sesuai untuk anak 9 tahun?

Ya, jika ia sesuai dengan tahap dan keperluan anak. National Reading Panel mendapati bahawa sistematik fonik memberikan manfaat kepada kanak-kanak dari peringkat awal hingga Grade 6, termasuk kanak-kanak yang mengalami kesukaran membaca. Bagi kanak-kanak yang lebih berusia, manfaat turut dilihat dalam kemahiran seperti penyahkodan dan word reading. EEF pula menekankan bahawa pengajaran fonik perlu disesuaikan dengan tahap pengetahuan bunyi dan huruf yang sudah dimiliki oleh setiap kanak-kanak.

Namun, anak 9 tahun tidak perlu belajar seperti kanak-kanak 5 tahun. Pengajaran boleh menggunakan perkataan, cerita dan aktiviti yang sesuai dengan umur mereka, sambil membantu mengukuhkan kemahiran fonik yang masih lemah.

Fonik sahaja sudah cukup?

Tidak. Fonik penting untuk membantu anak membaca dan menyebut perkataan, tetapi kemahiran membaca yang baik memerlukan lebih daripada itu. Anak juga perlu membina:

  • Kelancaran membaca
  • Kosa kata
  • Ejaan
  • Kefahaman membaca
  • Keyakinan menggunakan Bahasa Inggeris

National Reading Panel menekankan bahawa pengajaran membaca yang berkesan perlu merangkumi Kesedaran fonemik, fonik, kelancaran membaca dan kefahaman membaca. Matlamatnya bukan sekadar memastikan anak "habis belajar fonik" — tetapi membantu anak membaca dengan lebih tepat, memahami apa yang dibaca, dan menjadi lebih yakin menggunakan Bahasa Inggeris.

Jadi, adakah 9 tahun terlambat untuk belajar fonik?

Tidak. 9 tahun mungkin lebih lewat daripada usia biasa fonik diperkenalkan, tetapi ia bukan bermakna sudah terlambat untuk membina semula asas membaca. Jika anak masih sukar membaca perkataan Bahasa Inggeris yang tidak dikenali, sintetik fonik boleh menjadi salah satu pendekatan yang membantu mengukuhkan kemahiran penyahkodan mereka.

Yang paling penting bukan umur anak semata-mata, tetapi mengetahui tahap anak dan apa yang mereka perlukan seterusnya.

Jangan fokus pada umur anak sahaja. Fokus pada tahap membaca mereka.

Bantu anak membina asas Bahasa Inggeris yang lebih kukuh

Di KLC Language Centre, kami memahami bahawa setiap kanak-kanak belajar Bahasa Inggeris pada kadar yang berbeza. Sebab itu, pembelajaran tidak seharusnya hanya berdasarkan umur, tetapi juga tahap penguasaan dan keperluan pembelajaran anak.

Program Master Key kami membina kemahiran fonik, Pengecaman bunyi, penggabungan bunyi dan membaca melalui kelas bersaiz kecil — maksimum 5 murid sekelas — supaya anak mendapat perhatian peribadi dan lebih banyak masa bercakap untuk mengejar ketinggalan dengan yakin.

Tersedia di 9 pusat di Johor Bahru, serta cawangan di Kuala Lumpur (Kuchai Lama) dan Selangor (Puchong) — untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 18 tahun.

Kelas KLC Language Centre menjalankan program Master Key Phonics

Soalan lazim ibu bapa

Adakah terlambat untuk anak 9 tahun belajar fonik?

Tidak. Kanak-kanak yang lebih berusia dan masih menghadapi kesukaran penyahkodan boleh mendapat manfaat daripada sistematik fonik yang disesuaikan dengan tahap mereka.

Apa itu sintetik fonik?

Sintetik fonik mengajar kanak-kanak mengenal bunyi huruf atau gabungan huruf, dan kemudian menggabungkan bunyi tersebut untuk membaca perkataan.

Anak saya sudah tahu ABC. Masih perlu belajar fonik?

Mungkin. Mengetahui nama huruf tidak sama dengan menguasai bunyi huruf, blending dan penyahkodan.

Bolehkah fonik membantu anak 9 tahun yang susah membaca Bahasa Inggeris?

Ya, terutamanya jika masalah utama ialah penyahkodan dan pengecaman perkataan. Namun, kosa kata, kelancaran membaca dan kefahaman membaca juga penting untuk perkembangan kemahiran membaca.

Adakah sintetik fonik sesuai untuk kanak-kanak yang lebih berusia?

Ya, ia boleh digunakan apabila anak masih mempunyai jurang dalam kemahiran penyahkodan. Kaedah dan bahan pembelajaran perlu disesuaikan dengan umur dan tahap anak.

Kenali tahap anak anda, dan apa yang mereka perlukan seterusnya

Tempah Ujian Penilaian Bahasa Inggeris percuma bersama KLC Language Centre — tersedia di Johor, Kuala Lumpur dan Selangor.

Tempah Ujian Penilaian Percuma