Mahir Bahasa Asing Buka Lebih Peluang Pekerjaan - KLC English Language Centre
Mahir Bahasa Asing Buka Lebih Peluang Pekerjaan

Mahir Bahasa Asing Buka Lebih Peluang Pekerjaan

Pada era globalisasi orang ramai disaran mempelajari bahasa asing sebagai nilai tambah memandangkan bahasa berperanan penting di seluruh dunia.

Penguasaan bahasa asing seperti bahasa Inggeris dan Mandarin membuka lebih banyak peluang pekerjaan terutama dalam sektor korporat.

Pada era globalisasi orang ramai disaran mempelajari bahasa asing sebagai nilai tambah memandangkan bahasa berperanan penting di seluruh dunia.

Menguasai bahasa asing membantu kita mengenal budaya dan adat di sesebuah negara tanpa batasan.

Misalnya, pusat ekonomi kini tertumpu di China. Disebabkan itu ramai orang mengambil bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua selain bahasa Inggeris kerana penduduk di sana hanya akan berkomunikasi menggunakan bahasa itu.

Selain bahasa Inggeris dan Mandarin, bahasa Jepun, Jerman, Korea serta Turki turut mendapat permintaan tinggi dalam sektor pekerjaan.

Kita tidak nafikan akademik aspek penting tetapi menguasai bahasa asing adalah kelebihan.

Sebagai contoh, jika keputusan akademik kurang cemerlang, namun ada kelebihan menguasai bahasa asing, ia lebih berpeluang mendapat pekerjaan.

Ia jelas menunjukkan bahasa penguasaan bahasa Inggeris bukan sahaja semata-mata untuk menambah skil yang baru dalam diri individu malah mampu mengubah masa depan mereka. 

Pendedahan tentang kepentingan bahasa Inggeris harus bermula sejak anak kita masih kanak-kanak lagi. 

#englishmadeeasier #klc #cambridgeenglish

 

Jul 02, 2019

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge