Cambridge A2 Flyers - KLC English Language Centre

A2 Flyers (7 - 12 tahun)

A2 Flyers adalah tahap ketiga bagi Cambridge English Qualifications yang direka untuk pelajar. Ujian ini memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan bahasa Inggeris dalam penulisan dan pertuturan setiap hari. Ia merupakan cara yang terbaik bagi mereka untuk mendapatkan keyakinan dan meningkatkan tahap bahasa Inggeris mereka.

Peperiksaan ini adalah berpandukan kepada kemahiran yang diperlukan untuk berkomunikasi secara berkesan dalam bahasa Inggeris melalui kaedah mendengar, bercakap, membaca dan menulis.

A2 Flyers boleh membantu anak anda:

  • Memahami penulisan bahasa Inggeris yang mudah
  • Kemahiran berkomunikasi dalam kehidupan seharian
  • Memahami dan menggunakan frasa dan kenyataan asas
  • Berinteraksi dalam bahasa Inggeris dengan jelas dan tenang

Sebab untuk memilih A2 Flyers:

  • Tiada istilah lulus atau gagal - setiap pelajar akan mendapat sijil daripada peperiksaan Cambridge yang mereka duduki dan kami turut meraikan pencapaian mereka
  • Ujian ini menggunakan situasi harian yang realistik yang lebih dekat dengan kehidupan seharian untuk memudahkan proses pembelajaran
  • Program boleh dihabiskan seawal 5 hingga 12 bulan
  • Menduduki peperiksaan selepas menamatkan kursus
  • KLC menjalankan peperiksaan Cambridge setiap bulan

Borang Maklumat

Untuk info lanjut, sila tinggalkan maklumat anda di bawah. Kami akan hubungi anda secepat mungkin.

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge