Cambridge Pre A1 Starters - KLC English Language Centre

Pre A1 Starters (5 - 8 tahun)

Ini adalah permulaan perjalanan pembelajaran bahasa kanak-kanak. Pre A1 Starters adalah tahap yang pertama daripada tiga tahap Bahasa Inggeris Cambridge. Ujian ini memperkenalkan kanak-kanak kepada kemahiran menulis dan bercakap setiap hari. Ia adalah cara terbaik bagi mereka untuk mendapatkan keyakinan dan meningkatkan tahap bahasa Inggeris mereka.

Peperiksaan ini adalah berpandukan kepada kemahiran yang diperlukan untuk berkomunikasi secara berkesan dalam bahasa Inggeris melalui kaedah mendengar, bercakap, membaca dan menulis.

Bantu anak anda mengambil langkah pertama mereka ke arah:

  • Memahami kandungan asas bahasa Inggeris
  • Dapat memahami kandungan buku, lagu, rancangan televisyen dan filem dalam bahasa Inggeris
  • Menambah lebih ramai kenalan di seluruh dunia

Sebab untuk memilih Pre A1 Starters dengan KLC:

  • Tiada istilah lulus atau gagal - setiap pelajar akan mendapat sijil daripada peperiksaan Cambridge yang mereka duduki dan kami turut meraikan pencapaian mereka
  • Ujian ini menggunakan situasi harian yang realistik yang lebih dekat dengan kehidupan seharian untuk memudahkan proses pembelajaran
  • Program boleh dihabiskan seawal 5 hingga 12 bulan
  • Menduduki peperiksaan selepas menamatkan kursus
  • KLC menjalankan peperiksaan Cambridge setiap bulan

Borang Maklumat

Untuk info lanjut, sila tinggalkan maklumat anda di bawah. Kami akan hubungi anda secepat mungkin.

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge