Nak Cakap Inggeris Tapi Tak Yakinlah... - KLC English Language Centre
Nak Cakap Inggeris Tapi Tak Yakinlah...

Nak Cakap Inggeris Tapi Tak Yakinlah...

Pernah tak anda rasa nak cakap dalam bahasa Inggeris, tapi macam tak yakin sebabnya takut salah?

 

Penguasaan bahasa kedua atau ketiga atau keempat adalah satu kelebihan terhadap diri individu.

Yelah cuba bayangkan dalam antara kawan-kawan tu, anda sorang je boleh cakap fasih bahasa Inggeris.

Jadi bila pergi mana-mana mesti kawan suruh anda yang tolong cakapkan. Betul tak?

Dari situ dah nampak dah kelebihan anda yang ada kemahiran bahasa kedua.

Mahir bahasa kedua ni memang orang kata bonus pada diri kita tau. Tak pernah orang kata rugi belajar bahasa kedua ni. 

Kita semua tahu bahasa Inggeris ni memang penting. Bahasa Inggeris dikenali sebagai bahasa dunia. 

Tapi anda tak pasti macam mana nak mula untuk belajar bahasa Inggeris ni?

 

Jom baca 5 tip untuk bina asas Bahasa Inggeris:

 

1) Cuba bertutur dalam bahasa Inggeris dengan yakin!

Ada yang kata, "alaa.. nanti macam mana kalau salah sebut? Orang mesti ketawakan?"

Cuba buang mind set yang macam tu. Takpa. Kita belajar daripada kesilapan. Mana ada orang lahir-lahir je dah terus bijak, dah terus pandai. Mesti dia ambil masa untuk belajar jugak kan?

Kalau boleh cuba berborak dengan kawan-kawan dalam bahasa Inggeris. Kalau tak pasti nak cakap macam mana, boleh je tanya kawan-kawan yang lebih pandai. Takkanlah kawan tu kejam sangat taknak tolong kan.

Yang penting semangat nak belajar tu. Ni kalau malas malas jee macam mana nak nampak hasil.

Ha.. Cuba tengok contoh video kat bawah ni, yakin je dia bagi ucapan walaupun tengah alami kesukaran nak sebut "beginning"

 

 

2) Cuba guna media sosial sebagai medium untuk berkomunikasi 

Kalau upload gambar tu mesti korang tulis caption kan? Haa cuba buat caption guna Bahasa Inggeris.

Simple simple pun takpa. Janji ada effort. Nanti from time to time mesti korang dah boleh buat ayat panjang-panjang dengan baik.

Bukan itu sahaja, cuba korang komen gambar artis-artis luar negara tu kee, atau kawan-kawan yang duduk kat luar negara ke guna Bahasa Inggeris.

Pada masa yang sama korang boleh belajar cara untuk berkomunikasi dengan baik.

Yang penting janganlah ada sikap atau rasa malu nak belajar.

 

3) Tonton program tv, movie atau dengar lagu Bahasa Inggeris

Sebenarnya ramai je boleh cakap Bahasa Inggeris kan sebab selalu rancak je tengok bila nyanyi lagi mat salleh ni kan? Hahaha

Apa kata dengar lagu tu jangan sekadar dengar kosong. Cuba tengok lirik dia dan mungkin dari situ korang boleh belajar Bahasa Inggeris secara tak langsung.

Lagi satu kalau tengok wayang tu, cuba fokus apa yang pelakon tu cakap daripada tengok sarikata (subtitle) kat bawah tu. Boleh asah sekali skill “mendengar” Bahasa Inggeris.

 

4) Practice makes perfect!

Jangan lah putus asas cepat sangat. Cuba, cuba dan cuba lagi. Takkan nak putus asa dah kott. Usaha tangga kejayaan tau!

Kalau salah takpe. Belajar dari kesilapan. Mintak tunjuk ajar dengan orang yang lebih pakar. Mesti anda berjaya!

 

5) Kelas Bahasa Inggeris

 

Haa lagi satu. Kalau korang ada anak dan tak tahu nak hantar anak belajar bahasa Inggeris kat mana, KLC jawpaan paling tepat. Hehe

Kami faham anda kadang-kadang korang sibuk kerja kan mungkin takda masa nak tolong ajar anak belajar bahasa Inggeris kan. Takpe jangan risau. Kami boleh bantu anda.

 

Kenapa KLC?

Sebab program kami memang reka khas untuk kanak-kanak yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa pertuturan dalam sehari-hari.

Atau anda mungkin nak beri pendedahan awal kepada pendidikan Bahasa kedua untuk anak anda.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai program kami,

 

JOM KLIK IKON WHATSAPP DI BAWAH OKAY?

 

 

 

 

 

 

Apr 04, 2019

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge