5 Petua Anak Ketagih Membaca Sampai Tua - KLC English Language Centre
5 Petua Anak Ketagih Membaca Sampai Tua

5 Petua Anak Ketagih Membaca Sampai Tua

“Susah betul lah nak suruh anak-anak ni membaca, lagi-lagi bila mereka dah besar ni. Kadang tu dorang teruja juga pergi kedai buku dan pilih buku, tapi lepastu semangat hilang macam tu je. Salah beli buku ke? Ke dorang ni memang tak minat membaca? Hmm…

5 PETUA ANAK “KETAGIH” MEMBACA SAMPAI TUA

 

1. IKUT KESESUAIAN UMUR

Bayi 0-2 tahun: Mereka sukakan buku yang berwarna terang, objek yang besar dan berulang. Buku bergambar tanpa sebarang perkataan juga amat sesuai untuk bayi kerana keupayaan visual mereka masih terhad.

Anak 2-4 tahun: Anak kecil pada usia ini gemarkan ‘nursery rhyme’ atau pantun berbentuk nyanyian. Jika memilih buku cerita, pastikan ianya ringkas dan mempunyai jalan cerita yang boleh diramal. Selain itu, buku berbentuk permainan seperti ‘busy book’ atau ‘pop out’ juga sesuai untuk tahap kemahiran mereka.

Anak 4-6 tahun: Dalam usia ini, anak-anak lebih gemarkan buku berbentuk cerita yang agak kompleks. Selain itu, ada juga yang gemarkan buku berbentuk bukan fiksyen yang berkisarkan bagaimana tumbuhan hidup dan sebagainya. Bagi anak yang sudah mula membaca, cuba cari label ‘easy reader’ pada buku tersebut atau gunakan ‘rule of 5’ di bawah ini.

2. MENJAWAB PERSOALANNYA

Ada anak yang jenis suka bertanya dan ini sebenarnya adalah satu sikap yang baik. Keinginan untuk mengetahui tentang sesuatu perkara ini patut disalurkan kepada topik buku yang sesuai.

Maka, anda boleh mencari buku berunsur fakta (non-fiction) seperti sains bergambar. Jangan ingat anak-anak kecil tidak boleh memahami sains seperti perubahan beluncas kepada kepompong dan rama-rama. Kalau dah minat, mereka akan ‘korek’ semua maklumat secara terperinci. Malah, mereka boleh menghafalnya dan mengejutkan anda!

 

3. SESUAIKAN KARAKTER ANAK

Mungkin ada anak lelaki yang kurang minat untuk membaca tapi minat dengan kereta atau kapalterbang, manakala anak perempuan minat bermain ‘princess’.

Maka, anda boleh sesuaikan minat mereka ini melalui buku berunsur fiksyen (rekaan) atau bukan fiksyen (fakta). Ini adalah salah satu cara untuk anda menanam minat mereka di samping memberi kepelbagaian kepada topik tersebut.

 

4. KARTUN KEGEMARAN

Anak-anak kecil selalunya memang mudah untuk diajak membaca. ‘Umpan’ saja dengan karakter kegemaran mereka seperti Frozen, Dora, SpiderMan, atau Upin & Ipin.

Bagi anak-anak yang lebih besar dan lebih tertarik kepada televisyen atau video berbanding buku, anda boleh perkenalkan bahan bacaan yang sesuai dengan usia mereka. Contohnya novel Harry Potter atau komik pahlawan berunsur Islamik.

Namun, sesuaikan teks dengan tahap kebolehan mereka supaya anak-anak cepat memahami jalan ceritanya dan dapat ‘enjoy’ membacanya dengan lebih seronok.

 

5. HANTAR KE KELAS ASAS MEMBACA

Jika anda ingin pupuk minat membaca anak-anak, anda juga boleh mula beri pendedahan dengan menghantar mereka ke kelas membaca. Terutamanya bahasa Inggeris. 

Kelas asas membaca dapat membantu mereka membaca dengan betul dengan kaedah yang mudah dan tidak memberi tekanan. 

Di Pusat Bahasa Inggeris KLC,  guru melatih kanak-kanak untuk membaca dengan sebutan yang betul. Ini membantu anak anda untuk memupuk minat membaca dalam masa yang singkat. 

Anda nak tahu lebih lanjut mengenai program asas membaca di KLC? Tekan link di bawah okay?👇👇👇

https://www.klceducation.edu.my/landing-page/borang-penilaian-bi-percuma

 

Whatsapp kami untuk maklumat lanjut 👇👇👇

 

  • Sumber asal : Siraplimau.com 

Jan 30, 2023

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge