Cambridge A2 Key - KLC English Language Centre

A2 Key For Schools (8 - 14 tahun)

Kelayakan A2 Key for Schools menunjukkan bahawa pelajar boleh menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dalam situasi mudah. Ini adalah langkah seterusnya selepas selesai menyertai Cambridge English Qualification yang direka untuk peringkat asas. Ia juga sesuai untuk pelajar yang lebih dewasa untuk mula belajar bahasa Inggeris.

Selepas tamat peringkat A2 Key for Schools, pelajar akan lebih yakin untuk meningkatkan lagi kemahiran bahasa Inggeris kepada tahap yang lebih tinggi seperti BI Preliminary For Schools.

Tahap A2 Key For Schools dijajarkan sama seperti tahap CEFR tetapi dengan kandungan yang lebih sesuai untuk pelajar sekolah berbanding orang dewasa.

A2 Key For Schools dapat membantu anak anda:

  • Memahami dan menggunakan frasa dan kenyataan asas
  • Memahami penulisan bahasa Inggeris yang mudah
  • Memperkenalkan diri dan menjawab soalan-soalan asas tentang diri sendiri
  • Berinteraksi menggunakan kemahiran bahasa Inggeris pada tahap asas

Sebab untuk memilih A2 Key For Schools:

  • Membantu pelajar meningkatkan kemahiran berbahasa inggeris untuk persediaan bagi melanjutkan pelajaran, pekerjaan, penggunaan seharian di rumah mahupun ke luar negara
  • Mudah untuk mengikuti kurikulum di sekolah
  • Sebahagian daripada satu peperiksaan yang memberi perkembangan langkah demi langkah untuk pelajar
  • Sokongan komprehensif dengan persediaan peperiksaan dan pentadbiran

Borang Maklumat

Untuk info lanjut, sila tinggalkan maklumat anda di bawah. Kami akan hubungi anda secepat mungkin.

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge