Sering Dikatakan "Sombong" Punca Rakyat Malaysia Tidak Yakin Berbahasa Inggeris - KLC English Language Centre
Sering Dikatakan "Sombong" Punca Rakyat Malaysia Tidak Yakin Berbahasa Inggeris

Sering Dikatakan "Sombong" Punca Rakyat Malaysia Tidak Yakin Berbahasa Inggeris

Kita perlu ubah cara pemikiran orang yang selalu beranggapan bahawa mereka yang kerap bercakap atau menulis status di laman sosial dalam bahasa inggeris adalah untuk menunjuk-nunjuk semata-mata.

Pernah tak anda alami satu situasi di mana anda cuba bercakap atau bertutur dalam Bahasa inggeris bersama rakan-rakan, tetapi mereka selalu kata :

 

“ Alahhh kau ni berlagak lah tu boleh cakap English ”

“ Kau ingat kau sorang je ke boleh “speaking”? semua orang pun bolehlah. Cuma malas lah nak tunjuk”

 

Ya, inilah punca mengapa ramai rakyat Malaysia mengalami masalah untuk bertutur dalam bahasa inggeris dengan baik.

Minda yang seperti inilah perlu kita hapuskan kerana kemahiran dalam bahasa inggeris kini sangatlah penting lebih-lebih lagi dalam dunia pekerjaan serta peluang-peluang perniagaan.

Ia telah menjadi keperluan wajib lebih-lebih lagi untuk syarikat bertaraf antarabangsa.

Anda yang tidak boleh bercakap mahupun membaca dalam bahasa inggeris boleh dikatakan sebagai ketinggalan atau mundur. Bukalah mata dan minda anda.

Zaman semakin pantas berjalan dan semua orang sedang memperbaiki diri menjadi yang lebih baik. Kenapa tidak anda?

Kita perlu ubah cara pemikiran orang yang selalu beranggapan bahawa mereka yang kerap bercakap atau menulis status di laman sosial dalam bahasa inggeris adalah untuk menunjuk-nunjuk semata-mata. TIDAK SAMA SEKALI!

Bahkan, itu adalah salah satu cara untuk kita tingkatkan kemahiran dalam bahasa inggeris. Bak kata pepatah "usaha tangga kejayaan" betul tak?

Dalam bahasa inggeris, anda juga perlu praktikkannya secara kerap. Samalah juga seperti anda baru sahaja mendapat lesen kereta, tetapi tidak terus memandu. Pasti anda akan lupa ataupun berasa gugup bila orang lain suruh anda memandu. Betul tak?

Mulakan sekarang dan jangan tunggu lagi. Masa tidak menunggu kita, peluang juga tidak menunggu kita.

Tidakkah anda rasa terkilan jika tidak mendapat sesuatu pekerjaan hanya kerana anda tidak dapat berbahasa inggeris dengan baik?

Satu kajian menunjukkan bahawa 80 peratus daripada majikan di Malaysia menilai kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pekerja adalah sama atau lebih penting daripada pengetahuan lain. 

 

"Kebanyakan graduan gagal ketika ditemuduga disebabkan kurang keyakinan diri kerana tidak fasih berbahasa Inggeris. 

"Tidak fasih berbahasa Inggeris menjadi antara faktor yang dikenal pasti menyebabkan graduan gagal mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian, terutama membabitkan syarikat terkemuka," Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris

 

Jadi, apa tunggu lagi. Mulakan langkah anak anda dengan menghantar mereka menyertai program di KLC.

Persediaan pada usia muda penting untuk membina keyakinan diri mereka. 

 

 

 

 

 

Dis 03, 2018

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge