30 Sebab Kenapa Anak Anda Perlu Mahir BI Sejak Kecil - KLC English Language Centre
30 Sebab Kenapa Anak Anda Perlu Mahir BI Sejak Kecil

30 Sebab Kenapa Anak Anda Perlu Mahir BI Sejak Kecil

Nak belajar bahasa Inggeris ni tak perlu tunggu sampai anak dah besar. Umur paling ideal untuk beri pendedahan kenapa kanak-kanak tentang bahasa kedua adalah sebelum mereka berumur 6 tahun.

Belajar bahasa Inggeris sebenarnya sangat menyeronokkan. Lebih-lebih lagi jika penggunaan kaedah serta pendekatan yang tepat untuk menarik minat kanak-kanak. Jom kita lihat apa kebaikan kuasai asas bahasa Inggeris.

  1. Jika gunakan kaedah & cara yang tepat, belajar bahasa Inggeris sangat menyeronokkan!
  2. Kanak-kanak kecil sangat mudah menerima ilmu bahasa kedua kerana mereka seperti span yang menyerap dengan pantas.
  3. Kebolehan menguasai dua bahasa atau bilingual membuatkan kanak-kanak itu lebih bijak.
  4. Walaupun di usia awal kanak-kanak, kanak-kanak yang menguasai dua bahasa (bilingual) mampu membezakan dan memahami setiap bahasa tersebut. 
  5. Bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi 53 negara di dunia!
  6. Lebih 750 juta orang bertutur dalam bahasa Inggeris, sama ada sebagai bahasa pertama ataupun bahasa kedua.
  7. Bahasa Inggeris adalah bahasa yang banyak digunakan di seluruh dunia. Satu daripada 5 orang boleh bertutur bahasa Inggeris atau sekurang-kurangnya boleh memahami bahasa tersebut.
  8. Dengan mempelajari asas bahasa Inggeris, anda telah membuka lebih banyak peluang untuk memahami atau mempelajari pelbagai budaya lain.
  9. Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa yang digunakan untuk berkomunikasi dan digunakan oleh beratus juta orang dalam bidang hiburan, pengiklanan dan teknikal.
  10. Bahasa Inggeris adalah bahasa yang digunakan dalam internet dan komputer.
  11. Bahasa Inggeris digunakan dalam bidang penerbangan.
  12. Bahasa Inggeris digunakan dalam bidang diplomatik.
  13. Bahasa Inggeris digunakan dalam bidang pelancongan.
  14. Bahasa Inggeris digunakan dalam bidang sains.
  15. Bahasa Inggeris digunakan dalam kebanyakkan buku teks serta universiti seluruh dunia.
  16. Pengetahuan dalam bahasa Inggeris turut mampu meningkatkan kemahiran bahasa ibunda dengan secara tidak langsung.
  17. Penutur dua bahasa mampu menyelesaikan masalah jauh lebih baik daripada orang yang monolingual.
  18. Anda berpeluang mengembara dan tinggal di negara luar. Pelbagai pengalaman dapat dikumpul lebih-lebih lagi apabila berkomunikasi dengan orang tempatan mahupun pelancong di negara tersebut.
  19. Meningkatkan peluang pekerjaan dan boleh mendapat gaji yang lebih tinggi jika mampu bertutur lebih dari satu bahasa.
  20. Berkomunikasi dalam bahasa Inggeris akan meningkatkan pendapatan individu lebih dari 25%.
  21. Mempunyai kebolehan berbahasa Inggeris bermaksud anda boleh memahami semua lagu yang didengarkan di radio.
  22. Mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris bermaksud anda boleh memahami hampir semua yang berlaku di dunia ini.
  23. Anda tidak perlu menggunakan Google Translate untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan.
  24. Lebih mudah memahami cerita yang ditayangkan di panggung wayang tanpa perlu melihat sarikata.
  25. Peluang bekerja di luar negara.
  26. Penutur dua bahasa boleh berfikir dua atau lebih ayat serta perkataan untuk sesuatu idea. Ia turut membantu menajamkan kreativiti indivitu tersebut.
  27. Majoriti perbualan atau komunikasi bagi bidang perniagaan di dunia berlaku di antara penutur asli (native speaker) dan penutur bukan asli yang menggunakan bahasa Inggeris.
  28. Mampu meneroka dunia tanpa bantuan orang lain.
  29. Mempunyai keyakinan yang lebih tinggi berbanding penutur satu bahasa.
  30. Dapat berkomunikasi dengan baik. 

 

Nak belajar bahasa Inggeris ni tak perlu tunggu sampai anak dah besar. Umur paling ideal untuk beri pendedahan kenapa kanak-kanak tentang bahasa kedua adalah sebelum mereka berumur 6 tahun.

Ini kerana otak kanak-kanak sangat cepat berkembang dan mudah meresap apa yang kita ajar secara konsisten.

Di KLC, durasi kelas selama 45 minit adalah waktu yang sangat ideal untuk kanak-kanak fokus di dalam kelas.

Tidak terlalu lama dan tidak terlalu sekejap.

Hanya 4 orang sahaja maksimum yang dibolehkan dalam satu kelas. Ia sangat membantu fokus pelajar kepada guru & fokus guru kepada pelajar. 

Mahu anak anda POWER BI seawal 4 tahun? 

Jom whatsapp kami sekarang! 

 

 

Mei 14, 2019

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge