5 Perkataan Bahasa Inggeris Yang Berasal Dari Istillah Melayu - KLC English Language Centre
5 Perkataan Bahasa Inggeris Yang Berasal Dari Istillah Melayu

5 Perkataan Bahasa Inggeris Yang Berasal Dari Istillah Melayu

Tahukah anda terdapat banyak perkataan bahasa Inggeris yang berasal daripada istillah bahasa Melayu? Jom kita tengok sama-sama apakah antara perkataan itu!

1) Amok 

Perkataan 'amok' digunakan dalam bahasa Inggeris untuk menunjukkan perbuatan atau tindakan seseorang yang sedang marah. Ia sebenarnya berasal dari perkataan "amuk" dari bahasa Melayu tanpa mengubah maksudnya. Perkataan 'amok' dalam bahasa Inggeris telah digunakan secara rasmi pada tahun 1665.

2) Durian

Ha! Orang Malaysia kan suka makan durian! Siapa tak suka makan durian tu memang rugilah. Okay berbalik kepada tajuk kita, perkataan "durian" dalam bahasa Inggeris diambil dari bahasa Melayu tanpa mengubah ejaannya. Perkataan ini telah direkod dalam bahasa Inggeris pada tahun 1588.

3) Rattan

Saya pasti dalam rumah anda mesti ada perabut berasaskan rotan kan? Lagi-lagi ia sangat terkenal dari zaman dahulu lagi. Rotan adalah sejenis tumbuhan berbatang yang keras dan tahan lasak. Ia banyak digunakan untuk membuat perabot di dalam rumah. Selain itu perkataan "rotan" juga digunakan sebagai istillah untuk mengajar anak yang melakukan kesalahan. Perkataan ini telah dipinjam oleh bahasa Inggeris bermula tahun 1606. 

4) Sarong

Sarong adalah fesyen yang tidak lapuk dek zaman sejak dahulu lagi. Sama ada digayakan dengan gaya moden mahupun tradisional. Istillah sarong sering digunakan oleh mereka yang mengenakan kain apabila pergi ke pantai. Telah digunakan secara rasmi bermula pada tahun 1830 dan fesyen ini popular di seluruh dunia!

5) Gambier

Gambir merujuk kepada tumbuhan yang banyak di dapati di negeri Sarawak. Ia dikenali sebagai penawar pelbagai jenis penyakit antaranya sakit gigi. Perkataan asalnya adalah gambir dan diubah kepada "gambier" untuk penggunaan dalam bahasa Inggeris bermula pada tahun 1800. 

 

Jul 26, 2019

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge