6 Tip Untuk Tarik Minat Anak Membaca - KLC English Language Centre
6 Tip Untuk Tarik Minat Anak Membaca

6 Tip Untuk Tarik Minat Anak Membaca

Seiring dengan peredaran masa sekarang pasti ibu bapa akan berasa risau jika anak-anak berusia 7 tahun masih tidak mampu membaca. Untuk memupuk anak membaca sebenarnya perlu dari sejak mereka kecil lagi.

1.Sediakan ruang atau tempat yang selesa.

Kita boleh wujudkan di rumah ruang yang selesa untuk anak-anak membaca. Tidak salah rsanya kita korban sedikit ruang tamu rumah untuk di jadikan tempat anak-anak membaca dengan sediakan rak buku yang cantik dan menarik. Sekali sekali boleh juga di bawa anak-anak ke perpustakaan supaya anak-anak merasai suasana di perpustakaan.

2. Kenal pasti minat anak-anak.

Kenal pasti kecenderungan anak atau minat anak kita apa. Jika mereka lebih berminat dengan kartun atau watak-awatak animasi, kita belikan bahan bacaan yang menggunakan watak-watak kartun itu. Ini akan menjadikan anak-anak lebih gembira untuk membaca.

3. Baca buku bersama.

Semasa anak-anak membaca buku, kita luangkan masa membaca bersama-sama mereka. Minat anak-anak terhadap buku akan bertambah. Bacakan buku kegemaran mereka. Mulakan cara ini seawal mungkin di usia mereka. Tidak mustahil jika kita mulakan dari kecil, iaitu semasa mereka belum boleh bercakap lagi tetapi kesannya akan dapat dilihat apabila mereka sudah mampu bercakap, anak-anak ini mampu ceritakan kembali apa isi cerita yang kita ceritakan itu.
 

4. Tambah aktiviti.

Gabungkan aktiviti membaca dengan ulangkaji, membuat latihan atau permaianan. Ini akan menjadikan sesi membaca itu sesuatu yang menyeronokkan bukan lagi sesuatu paksaan dan perkara yang menakutkan anak-anak. Kita boleh cuba terapkan aktiviti bercerita dalam sesi membaca itu.

5. Jadi model.

Di sini kita perlu menjadi model kepada anak-anak dalam hal ini. Jika kita pun jarang membaca, balik rumah terus membuka televisyen, pegang telefon sudah tentu anak-anak pun akan buat perkara yang sama. Jadikan membaca sesuatu yang rutin, anak-anak juga akan selesa apabila kita meminta membaca buku nanti.

6. Hadiahkan anak-anak.

Cuba jadiakan buku sesuatu hadiah yang bermakna dan berharga buat anak-anak. Tukar kelaziman kita membeli barangan seperti kasut, mainan sempena hari jadi kepada buku. Biasanya kita akan berikan mainan dan juga jajan dalam ‘door gift’ sempena hari lahir kan. Kenapa kita tidak cuba tukar kelaziman itu kepada buku-buku. Banyak buku-buku yang mampu milik boleh dijadikan sebagai ‘door gift’.

Mungkin ada antara anda yang tidak sempat atau tidak ada masa untuk pupuk minat membaca anak-anak, takpa jangan risau di KLC kami menawarkan program asas bahasa Inggeris untuk kanak-kanak yang terbukti berkesan.

Apr 08, 2019

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge