Mahir Dalam Bahasa Inggeris Buka Lebih Peluang Kerja - KLC English Language Centre
Mahir Dalam Bahasa Inggeris Buka Lebih Peluang Kerja

Mahir Dalam Bahasa Inggeris Buka Lebih Peluang Kerja

Bayangkanlah anda telah diperkenalkan dengan subjek Bahasa inggeris selama 11 tahun iaitu sejak berumur 6 tahun sehinggalah habis persekolahan pada umur 17 tahun. Namun senarionya pada hari ini, anda masih tidak dapat menguasainya dengan baik.

BAYANGKANLAH anda telah diperkenalkan dengan subjek Bahasa inggeris selama 11 tahun iaitu sejak berumur 6 tahun sehinggalah habis persekolahan pada umur 17 tahun. Namun senarionya pada hari ini, anda masih tidak dapat menguasainya dengan baik. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku? 

Isu penguasaan bahasa Inggeris telah banyak diperkatakan sejak dahulu lagi namun kini masih ramai lagi graduan atau individu tidak dapat bertutur dalam Bahasa inggeris dengan baik.

Saya pasti setiap individu sedar dan tahu bahawa dengan penguasaan lebih daripada satu Bahasa, ia dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan terutamanya dalam sektor korporat.

PADA ERA DIGITAL KINI, orang ramai disarankan mempelajari bahasa asing sebagai nilai tambah memandangkan penguasaan bahasa adalah sangat penting di seluruh dunia. Bukan sahaja dari segi komunikasi, semua sistem yang digunakan kini menggunakan bahasa inggeris. 

Menguasai bahasa asing juga membantu kita mengenali budaya dan adat di sesebuah negara tanpa batasan. Perkongsian sesuatu perkar jadi lebih mudah jika tidak ada masalah untuk berkomunikasi. 

Kita tidak menafikan bahawa pencapaian akademik sememangnya aspek penting, tetapi menguasai bahasa asing adalah satu kelebihan.

Sebagai contoh, jika keputusan akademik kurang cemerlang, tetapi anda ada kelebihan menguasai bahasa asing, anda masih berpeluang untuk mendapatkan pekerjaan.

SIGNIFIKAN menguasai lebih daripada satu Bahasa menjadi bonus buat setiap individu.

Untuk mempersiapkan diri dengan peluang pekerjaan pada hari ini mahupun akan datang, anda seharusnya bertindak sekarang.

 

Dis 07, 2018

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge