Graduan Perlu Dinamik, Kuasai Bahasa Inggeris - KLC English Language Centre
Graduan Perlu Dinamik, Kuasai Bahasa Inggeris

Graduan Perlu Dinamik, Kuasai Bahasa Inggeris

Graduan perlu lebih dinamik dengan menjadi golongan yang menyediakan peluang pekerjaan dan bukan lagi hanya pencari kerja.

Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Datuk Dr Hassan Basri, berkata kurang penguasaan dan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, terlalu memilih pekerjaan selain nilai kebolehpasaran diri yang rendah menjadi antara faktor paling kritikal menyebabkan graduan sukar mendapat pekerjaan mengikut kelayakan akademik.

“Sekarang ini kerajaan sediakan pelbagai bentuk latihan dan perkukuhkan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang mana graduan boleh mengambil peluang untuk melengkapkan diri dengan kemahiran dan kebolehan ‘multi tasking’.

“Kerajaan juga tekankan bidang keusahawanan. Sekarang bukan zaman graduan mencari kerja, tetapi zaman mencipta kerja. Inilah graduan yang dinamik.

“Graduan juga digalakkan mengintai peluang pekerjaan di negara luar. Tetapi oleh kerana kelemahan berbahasa Inggeris, mereka tidak berani. Malah, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga kata penguasaan bahasa Inggeris kita lemah.

“Kukuhkan penguasaan bahasa Inggeris dan pergilah rebut peluang pekerjaan di sektor antarabangsa dan di luar negara. Bukan pergi sebagai buruh, tetapi sebagai ekspatriat dalam bidang profesional," jelas beliau.

Sumber artikel di atas : Berita Harian

 

Menurut kepada kenyataan yang dikeluarkan, ia jelas menunjukkan betapa pentingnya kemahiran bahasa Inggeris untuk merebut segala peluang pekerjaan yang ada. Kemahiran ini adalah lebih baik jika dapat dipupuk sejak kecil lagi.

Penguasaan bahasa Inggeris bukan sahaja mampu membuka lebih banyak peluang, malah ia turut menjadi nilai tambah dalam diri anda sendiri. Anda juga nampak lebih profesional serta versetail jika dapat bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik. 

Sep 12, 2019

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge