Bagaimana Bahasa Inggeris Boleh Mengubah Hidup Anda? - KLC English Language Centre
Bagaimana Bahasa Inggeris Boleh Mengubah Hidup Anda?

Bagaimana Bahasa Inggeris Boleh Mengubah Hidup Anda?

Kita semua tahu terdapat berjuta penutur bahasa Inggeris di seluruh dunia. Namun, apakah yang membuatkannya satu bahasa yang penting, bukan sekadar bahasa biasa? Adakah benar-benar berbaloi meluangkan masa, usaha dan tenaga untuk belajar bahasa Inggeris??

Bahasa Inggeris adalah bahasa yang penting untuk memenuhi semua matlamat peribadi dan professional. Sama ada anda baru sahaja mula belajar bahasa Inggeris, atau anda adalah pelajar yang memerlukan motivasi untuk terus belajar, memahami kepentingan bahasa Inggeris akan membantu anda menjadi fasih dan mengubah hidup anda.

1) Bahasa Inggeris Membuatkan Hidup Anda Lebih Menyeronokkan

 

Serius memang seronok tau bila kita mahir Bahasa Inggeris ni. Lagi-lagi kalau kita tengok video kt you tube ke, pergi tengok movie ke. Kita senang faham maksud apa yang mereka sampaikan. Takdelah rasa terpinga-pinga bila dengar kan? 

Anda pun boleh mula tonton pelbagai video yang menghiburkan dalam bahasa Inggeris walaupun masih dalam pembelajaran bahasa Inggeris tau.

Sudah tentu, belajar bahasa Inggeris juga akan membuatkan peklbagai bahan hiburan lain boleh digunakan oleh anda. Anda akan berkebolehan untuk membaca buku bahasa Inggeris terkenal, seperti  “Harry Potter,” “Twilight,” “The Hunger Games” dan banyak lagi. Selain itu, banyak ikon budaya pop terkenal datang daripada bahasa Inggeris klasik. Jika anda boleh membaca buku ini, anda akan dapat memahami budaya perkataan dalam bahasa Inggeris. 

2) Bahasa Inggeris Adalah Bahasa Utama di Internet

Bahasa Inggeris adalah bahasa yang paling banyak digunakan secara dalam talian, dengan hampir 1 bilion pengguna menaip dan berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Jika anda boleh membaca dan memahami bahasa Inggeris, anda boleh mengakses dan berseronok dengan pelbagai sumber yang disediakan secara dalam talian.

Bahasa Inggeris juga digunakan dalam bidang perniagaan. Ia bukan sahaja dapat meluaskan pasaran, malah boleh mendapat peluang yang lebih baik terutamanya apabila kita boeh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

Emel juga adalah salah satu cara komunikasi yang digunakan sekarang untuk berhubung dengan orang dari seluruh dunia. Emel adalah cara utama bagi kebanyakan syarikat untuk berhubung dengan pelanggan atau ahli perniagaan lain. Kebolehan menulis emel atau maklum balas lain dalam bahasa Inggeris adalah satu aset bagi majikan.

3)  Belajar Bahasa Inggeris Boleh Membuatkan Anda Lebih Bijak

Belajar Bahasa Inggeris turut membantu minda anda berfungsi dalam cara yang BERBEZA! 

Kajian menunjukkan bahasa belajar bahasa baru akan mengubah struktur minda anda (jangan risau, ia dalam bentuk yang lebih baik). Ia akan memberi kesan kepada bahagian yang berfungsi untuk ingatan, pemikiran sedar dan banyak lagi. Secara ringkasnya, belajar bahasa baru akan membuatkan otak anda menjadi lebih kuat dan serba boleh, meningkatkan cara pemikiran anda.

Kajian juga menunjukkan yang mahir lebih dari satu bahasa boleh mengekalkan otak yang kuat dan sihat sehingga tua. Ia juga membantu daya ingatan, fokus dan kemahiran lain.

4) Membolehkan Anda Melanjutkan Pelajaran Ke Peringkat Yang Lebih Tinggi

Terdapat sesetengah jurusan atau program di universiti memerlukan temuduga sebelum anda diterima masuk. Namun kemahiran asas Bahasa Inggeris ini haruslah di latih sejak mereka kecil lagi. Perkembangan bahasa ketika mereka kecik jauh lebih pantas dna lebih baik daripada apabila sudah dewasa.

5) Bahasa Inggeris Membuka Peluang Kerjaya Baru

Pertama sekali, belajar bahasa Inggeris boleh membantu anda mengejar dan mendapat lebih banyak peluang kerjaya. Pada masa kini, pasaran kerja adalah luas—banyak syarikat memerlukan pekerja yang boleh berkomunikasi dengan pelanggan dari seluruh dunia. Dengan kata lain, itu bermaksud mencari pekerja yang boleh berbahasa Inggeris.

Pasaran kerjaya yang global telah membuka ruang baru untuk orang yang boleh bertutur dalam banyak bahasa. Dengan mempelajari bahasa Inggeris, anda boleh menjadi penterjemah, guru bahasa atau bekerja dalam bidang pemasaran dalam bahasa Inggeris untuk syarikat global.

Tidak kira kerjaya apa yang anda pilih, kemahiran berbahasa Inggeris adalah kemahiran yang sangat bernilai. Ia akan membantu anda menjadi seseorang yang lebih baik, pekerja yang dikehendaki dan juga orang yang boleh melakukan apa sahaja.

 

Mei 07, 2019

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge