Kenapa Pentingnya Kelas Yang Kondusif? - KLC English Language Centre
Kenapa Pentingnya Kelas Yang Kondusif?

Kenapa Pentingnya Kelas Yang Kondusif?

Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi proses pembelajaran kerana ia boleh menggalakkan atau menghalang proses tersebut daripada berjalan dengan lancar.

Kenapa bilik darjah yang kondusif sangat penting?

Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi proses pembelajaran kerana ia boleh menggalakkan atau menghalang proses tersebut daripada berjalan dengan lancar. Mempunyai persekitaran bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada faktor proses pengajaran dapat dijalankan tanpa gangguan.

Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran. Ruang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan aktiviti pengajaran. 

Bagi memastikan proses pengajaran & pembelajaran di KLC berjalan dengan baik, kami mengenal pasti faktor-faktor yang boleh membantu untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat.

1) Bilik darjah - ruang yang mencukupi diperlukan bagi sesebuah bilik darjah bagi memudahkan pergerakan murid dan guru. Dengan ini, murid-murid dapat memberi sepenuh perhatian kepada guru yang mengajar selain turut memberi keselesaan kepada mereka. Bilik darjah juga perlu dilengkapi dengan meja, kerusi. papan hitam/ papan putih serta selamat untuk digunakan.

Perkara utama yang mesti diberi perhatian pada setiap kerusi dan meja murid ini ialah kuantiti kerusi dan meja adalah mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Untuk tujuan keselesaan, saiz kerusi dan meja harulah sesuai dengan peringkat tahap umur murid.

2) Hubungan guru & murid - Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar.

Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, cara seseorang guru mengawal murid dan aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri.

3) Arahan yang jelas - Menurut Erik Erison, kanak-kanak pada peringkat ini mula mendapat pengalaman baharu dan berfokus kepada pembelajaran pengetahuan dan kemahiran baharu. 

Namun, murid pada peringkat ini memerlukan struktur dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. 
Semasa menguruskan bilik darjah, guru memainkan pelbagai peranan penting. Bilik darjah merupakan sebuah komuniti kecil dan menjadi tempat di mana seorang guru dan sekumpulan pelajar saling berinteraksi. 

Melalui persekitaran bilik darjah yang kondusif ini, guru dapat melahirkan pelajar yang lebih berdisiplin dan suasana harmoni dalam bilik darjah dapat diwujudkan. Selain itu pembentukan suasana bilik darjah yang ceria dan menyeronokkan secara tidak langsung dapat meningkatkan minat kanak-kanak untuk belajar.

Di KLC, hanya 4 orang sahaja ditempatkan dalam satu kelas bagi satu satu masa. Kanak-kanak akan lebih fokus dengan apa yang diaja oleh guru dan proses pembelajaran berlaku secara "one to one".

Itulah keunikan kelas serta guru di KLC. Mereka dilatih untuk mengajar mengikut "progress" setiap kanak-kanak itu sendiri. Mahu anak anda POWER BI di KLC? 

Jom whatsapp kami sekarang! Kami akan beri penerangan lebih terperinci mengenai program yang kami ada untuk bantu anak anda! 

 


 

Mei 29, 2019

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge