Nak Cepat Kuasai Bahasa Inggeris? Jom ikut 4 Langkah Ini - KLC English Language Centre
Nak Cepat Kuasai Bahasa Inggeris? Jom ikut 4 Langkah Ini

Nak Cepat Kuasai Bahasa Inggeris? Jom ikut 4 Langkah Ini

Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan secara meluas dalam pelabagai bidang.

1. Kelilingi diri anak anda dengan bahasa Inggeris 

Macam mana nak buat? tak perlu pun kena pergi luar negara baru boleh belajar bahasa Inggeris. Kat mana-mana pun boleh belajar. Semuanya terletak kat tangan anda. Sama ada nak atau taknak sahaja.

Benda pertama anda kena buat, mulakan membaca buku, surat khabar atau artikel dalam bahasa Inggeris. Ini akan membantu anda untuk menambah banyak perkataan baru dan belajar penggunaan ayat yang betul.

Selain itu, biasakan diri anda mendengar radio berbahasa Inggeris. Ia boleh melatih serta meningkatkan kemahiran mendengar bahasa Inggeris anda. Mudah sahaja kan? 

2. Beri sokongan kepada anak anda agar tidak takut untuk berbahasa Inggeris. Yakin dengan diri.

Persepsi atau tanggapan orang yang bertutur dalam bahasa Inggeris dilabelkan sebagai "berlagak" atau untuk tunjuk bagus pastinya sudah tidak kritikal seperti dahulu.

Ini kerana saya pasti, kebanyakkan masyarakat kita sedar tentang kepentingan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Ia bukan sahaja penting untuk proses menuntut ilmu, malah turut melibatkan peluang-peluang pekerjaan yang lebih baik.

Ingatkan anak anda. Jangan takut untuk buat kesilapan kerana ia adalah proses pembelajaran secara tidak langsung. Hanya apabila anda melakukan kesilapan anak anda dapat belajar lebih banyak perkara baru.

3. Berkawan dengan mereka yang sering berkomunikasi dalam bahasa Inggeris

Memang tidak dinafikan di Malaysia, lebih ramai kaum yang berbangsa Cina & India yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Cuba luaskan pergaulan anak anda dengan menambah rakan-rakan berbangsa lain yang sering berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Anda perlu bantu untuk mewujudkan persekitaran itu. Anak anda akan terdedah dengan lebih banyak ruang untuk bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Terutamanya ketika di sekolah. 

4. Hantar anak anda belajar asas bahasa Inggeris di KLC!

Anda sibuk kerja dan mungkin tidak sempat atau tiada masa untuk mengajar anak anda bahasa Inggeris di rumah kan? Jangan risau sebab kami di KLC bersedia untuk bantu anak anda kuasai bahasa Inggeris dalam masa yang singkat.

Dengan jadual kelas yang fleksibel serta hanya 4 orang pelajar dalam satu kelas, ia membantu anak anda untuk lebih fokus dan sesi pembelajaran akan berjalan dengan lebih baik. 

Jom daftar sekarang! Inbox kami sekarang! 

Jul 19, 2019

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge