Pantau Permainan Atas Talian Anak Anda - KLC English Language Centre
Pantau Permainan Atas Talian Anak Anda

Pantau Permainan Atas Talian Anak Anda

Sepertimana yang sedang hangat di perkatakan dalam beberapa bulan ini, permainan atas talian atau "online game" banyak mempengaruhi kanak-kanak malah orang dewasa untuk membahayakan diri mereka.

Sepertimana yang sedang hangat di perkatakan dalam beberapa bulan ini, permainan atas talian atau "online game" banyak mempengaruhi kanak-kanak malah orang dewasa untuk membahayakan diri mereka.

Sebagai contoh, baru-baru ini terdapat beberapa kes melibatkan kanak-kanak terjebak untuk bermain permainan atas talian yang memberi kesan negatif kepada kehidupan mereka. (contohnya, Momo Challenge)

Permainan ini direkodkan banyak mempengaruhi kanak-kanak untuk mengikut segala arahan yang diberi sehinggakan membahayakan nyawa mereka.

Ia dikatakan sedang banyak digunakan di negara luar seperti United Kingdom, Australia, Rusia, German, Indin dan beberapa lagi negara.

Malah ada juga yang sanggup mencederakan diri kerana taksub dengan permainan ini.

Oleh itu, sila pastikan penggunaan telefon bimbit anak anda untuk mengelakkan mereka daripada terpengaruh dengan permainan online yang tidak berfaedah.

Adalah lebih baik jika anda menghadkan masa penggunaan telefon bimbit anak anda setiap hari.

Sebenarnya banyak lagi permainan online yang memberi kesan negatif secara tidak langsung kepada minda dan pemikiran kanak-kanak. Cuma kadang-kadang kita tak nampak kesan itu serta merta. Mungkin ia akan mengganggu konsentrasi pembelajaran anak anda di dalam kelas serta minat mereka terhadap pelajaran.

Pucuk pangkalnya, anda sebagai ibu bapa perlulah sentiasa pantau dan pastikan apa yang dilayari serta digemari oleh anak anda. 

 

Apa itu Momo Challange? 

Permainan mulanya adalah di Mexico dan ia berkomunikasi dengan pemain melalui aplikasi "whatsapp" yang dikenali sebagai Momo. 

Selain mencabar pemain untuk melakukan perkara yang membahayakan, ia juga dikatakan digunakan oleh "hackers" untuk mencuri data atau maklumat diri anda melalui internet.

Melalui akhbar luar negara, Daily Mail, Fox News, The Sun dan banyak lagi sedang memperkatakan isu ini bertujuan untuk memberi peringatan dan kesedaran kepada ibu bapa supaya memantau setiap aktiviti anak-anak.

 

 

 

Feb 28, 2019

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge