Penguasaan & Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar - KLC English Language Centre
Penguasaan & Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar

Penguasaan & Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar

Hasil kajian menunjukkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar adalah pada tahap sederhana.

PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM KALANGAN PELAJAR PKPG KEMAHIRAN HIDUP UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Oleh Adibah Abdul Latif & Azizah Binti Abu Hanifah,
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Adibah Abdul Latif & Azizah Binti Abu Hanifah dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia tentang penguasaan & penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar  Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) menunjukkan bahawa penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar adalah pada tahap sederhana. 

Mereka tidak dapat menguasai kemahiran berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam bahasa Inggeris dengan baik, tidak menguasai pengetahuan dalam mata pelajaran yang diajar dalam bahasa Inggeris dengan baik dan kurang penguasaan bagi bahasa tersebut di dalam kelas.

Dalam konteks dunia pendidikan hari ini, seseorang pelajar perlu mempelajari bahasa Inggeris bertujuan untuk memahami bahan-bahan bacaan dalam bahasa Inggeris Ini adalah kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa yang paling utama atau bahasa nombor satu dunia. 

Penyelidik telah mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan :

a) Kemampuan untuk membina ayat bahasa Inggeris dengan betul menggunakan perkataan yang baru dipelajari.
b) Kemampuan untuk menghasilkan penulisan menggunakan bahasa Inggeris dengan
baik.
c) Kemampuan untuk menyiapkan tugasan dalam bahasa Inggeris dengan betul.
d) Kemampuan untuk memahami maksud sesuatu ayat dalam bahasa Inggeris.
e) Kemampuan untuk membaca frasa ayat dalam bahasa Inggeris dengan sebutan yang betul.

Hasil kajian: 

1) Apakah tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar PKPG UTM, Skudai?

Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa sebahagian besar pelajar PKPG mempunyai tahap penguasaan bahasa Inggeris di dalam kelas yang sederhana. Mereka tidak dapat memahami pengajaran yang disampaikan dalam bahasa Inggeris dengan baik. 

Bahagian ketiga yang dikaji ialah penguasaan kemahiran berkomunikasi (lisan dan bertulis) dalam bahasa Inggeris.

Menurut Paul Davies dan Eric Pearce (2000) dalam pengajaran bahasa, komunikasi terbahagi kepada empat kemahiran utama iaitu mendengar, membaca, menulis dan bercakap.

Kemahiran mendengar dan membaca merupakan kemahiran-kemahiran menerima, manakala kemahiran bercakap dan menulis adalah merupakan kemahiran yang memerlukan kita memberi.

Dapatan ini dikukuhkan lagi oleh Paul Davies dan Eric Pearce (2000), ramai pelajar yang mengatakan bahawa mereka memahami percakapan yang disampaikan dalam bahasa Inggeris, tetapi mereka tidak boleh membalas percakapan tersebut kerana kurang kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Menurut Klein (1986), jika seseorang ingin mempelajari sesuatu bahasa, maka dia perlulah selalu berkomunikasi dengan menggunakan bahasa tersebut. Klein juga mengatakan bahawa salah satu aspek yang diperlukan dalam pembelajaran bahasa kedua ialah menggunakan bahasa tersebut setiap hari.

2) Apakah tahap penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar PKPG UTM, Skudai ?

Dalam persoalan kajian ini, penyelidik hanya melihat sejauh mana tahap penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar PKPG dalam tiga bahagian iaitu penggunaan bahasa Inggeris dalam komunikasi secara lisan, penggunaan bahasa Inggeris semasa membuat rujukan dan penggunaan bahasa Inggeris dalam kehidupan harian. 

Aspek-aspek yang dikaji adalah berkaitan dengan penggunaan bahasa Inggeris ketika berbincang dengan pensyarah, bercakap dengan kawan-kawan, perbincangan di dalam kumpulan, ketika berurus niaga dan ketika memberi arahan.

Secara keseluruhannya, penyelidik mendapati bahawa sebilangan besar hampir tidak pernah menggunakan bahasa Inggeris dalam aspek yang dikaji iaitu dalam komunikasi secara lisan, ketika membuat rujukan dan dalam kehidupan harian mereka. 

Menurut Aida Walqui (2000) pula, minat terhadap bahasa kedua yang besar dalam diri pelajar, rakan sekumpulan, sekolah, jiran dan masyarakat boleh memberi kesan yang hebat kepada proses pembelajaran bahasa Inggeris. Oleh itu, untuk mempertingkatkan penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris, sikap untuk menggunakan dan menguasai bahasa Inggeris ini bukan sahaja mesti wujud dalam diri pelajar tetapi perlu juga wujud pada rakan, jiran dan masyarakat.

Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang tinggi di antara penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar PKPG UTM, Skudai.  Penyelidik mengandaikan bahawa semakin baik tahap penguasaan bahasa Inggeris seseorang pelajar, maka semakin kerap pelajar tersebut menggunakan bahasa tersebut dan sebaliknya. 

Hasil kajian tersebut jelas menunjukkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan graduan kini masih lagi lemah. Adakah mereka sudah bersedia untuk menempuhi alam pekerjaan tidak berapa lama lagi? 

Oleh itu, kita semua tahu bahawa asas bahasa Inggeris adalah satu keperluan yang sangat penting. Beri lah pendidikan bahasa Inggeris yang baik sejak anak anda masih kecil lagi. 

Ia bukan sahaja membantu meningkatkan keyakinan diri mereka sejak kecil, malah membuka pelbagai peluang yang jauh lebih besar untuk mereka.

Jom daftarkan anak anda di KLC dan kami akan bantu anak anda kuasai bahasa Inggeris seperti PRO!

 

Mei 27, 2019

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge