Peperiksaan Cambridge A2 Key For Schools ; Apa anda perlu tahu? - KLC English Language Centre
Peperiksaan Cambridge A2 Key For Schools ; Apa anda perlu tahu?

Peperiksaan Cambridge A2 Key For Schools ; Apa anda perlu tahu?

Apakah yang calon perlu tahu tentang persediaan sebelum menduduki peperiksaan Cambridge A2 Key For Schools?

A2 Key For Schools adalah peringkat/tahap bahasa Inggeris selepas Cambridge Young Learners (YLE). Pada peringkat ini, format kertas peperiksaan sedikit berbeza daripada YLE, namun masih melibatkan 4 kemahiran utama iaitu "Reading & Writing", "Listening" & "Speaking".

Tahap ini menunjukkan bahawa pelajar boleh menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dalam situasi mudah dalam kehidupan seharian.

Peperiksaan ini memberi keyakinan kepada pelajar untuk meneruskan pembelajaran bagi peperiksaan Bahasa Inggeris peringkat tinggi, seperti B1 Preliminary for Schools.Sebelum menduduki peperiksaan, calon harus membuat latihan mahupun "mock test" untuk memberi pendedahan kepada calon tentang format peperiksaan sebenar & lebih bersedia. 

Persediaan sebelum peperiksaan amatlah penting dan latihan yang secukupnya boleh membantu calon untuk mendapatkan markah yang baik dan cemerlang!

 

Okt 28, 2022

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge