Peperiksaan Cambridge Pre A1 Starters ; Apa Anda Perlu Tahu? - KLC English Language Centre
Peperiksaan Cambridge Pre A1 Starters ; Apa Anda Perlu Tahu?

Peperiksaan Cambridge Pre A1 Starters ; Apa Anda Perlu Tahu?

Ujian ini memperkenalkan kanak-kanak kepada kemahiran menulis dan pertuturan dalam kehidupan seharian (topik harian)

Bagi peringkat Cambridge Pre A1 Starters, pelajar perlu mempunyai asas bahasa Inggeris yang kukuh sebelum memilih untuk menyertainya.

Asas bahasa Inggeris tersebut merangkumi MEMBACA, MENGEJA, MENDENGAR & BERTUTUR dalam bahasa Inggeris. 

Asas ini amat penting kerana keseluruhan program Pre A1 Starters ini melibatkan kesemua kemahiran di atas.Peperiksaan ini tidak mempunyai LULUS / GAGAL, tetapi menggunakan sistem pemarkahan tersendiri. Oleh itu, semua pelajar layak memiliki sijil ini jika mereka menduduki peperiksaan.

Rajah di bawah adalah format peperiksaan serta pemarkahan bagi peperiksaan ini. 

Nov 03, 2022

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge