Apa Punca Anak Anda Tidak Berminat Dalam Bahasa Inggeris? - KLC English Language Centre
Apa Punca Anak Anda Tidak Berminat Dalam Bahasa Inggeris?

Apa Punca Anak Anda Tidak Berminat Dalam Bahasa Inggeris?

Terdapat 4 punca utama yang menyebabkan kanak-kanak tidak menunjukkan minat dalam Bahasa Inggeris

Apakah sebenarnya punca anak anda tidak berminat dalam Bahasa Inggeris?

Terdapat 4 punca utama yang menyebabkan kanak-kanak tidak menunjukkan minat dalam Bahasa Inggeris

 

1) Sering Diejek Oleh Rakan

Situasi ini boleh berlaku apabila anak anda cuba untuk bercakap dalam Bahasa inggeris tetapi sering diejek rakan kerana tidak dapat menyebut perkataan dengan betul. Hal ini menyebabkan mereka terus berasa rendah diri dan tidak yakin untuk bercakap dalam Bahasa inggeris lagi selepas kejadian itu. Ini adalah amalan yang sangat tidak sihat kerana boleh menjejaskan semangat serta keyakinan anak anda.

 

2) Tidak Dilatih Dirumah

Pendidikan semuanya bermula dari rumah. Ya, kenyataan ini sememangnya sangat benar. Sama juga seperti pendedahan tentang Bahasa Inggeris. Lebih-lebih lagi Bahasa Inggeris bukan bahasa ibunda.  Ibu dan bapa di rumah memainkan peranan yang sangat penting untuk mendidik mereka dalam kemahiran berbahasa inggeris ketika di rumah. Ini juga adalah latihan atau praktis yang baik bagi meningkatkan tahap kemahiran anak anda.

 

3) Kurang Keyakinan Diri

Perkara ini sering berlaku apabila anak anda dikelilingi oleh rakan-rakan yang boleh bercakap dalam Bahasa inggeris dengan baik. Dia semestinya akan berasa terpinggir dengan keadaan tersebut. Oleh yang demikian, mereka memilih untuk tidak bergaul sekali gus boleh memberi kesan terhadap kehidupan sosial mereka.

 

4) Kaedah Pembelajaran Yang Tidak Berkesan

Teknik pembelajaran yang berkesan penting untuk menimbulkan minat anak anda dalam Bahasa Inggeris.  Kaedah konvensional seperti menghafal tidak lagi relevan dan semakin tidak digemari kanak-kanak. Ini kerana kaedah tersebut agak membosankan dan tidak efektif.

Anda tidak perlu risau lagi kerana kini terdapat kaedah dan teknik berkesan yang diwujudkan oleh KLC untuk membantu anak anda menguasai Bahasa inggeris seperti "PRO". 

 

 

 

 

Dis 05, 2018

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge