Tidak Mempunyai Kemahiran Berbahasa Inggeris Salah Satu Punca Graduan Tidak Mendapat Pekerjaan - KLC English Language Centre
Tidak Mempunyai Kemahiran Berbahasa Inggeris Salah Satu Punca Graduan Tidak Mendapat Pekerjaan

Tidak Mempunyai Kemahiran Berbahasa Inggeris Salah Satu Punca Graduan Tidak Mendapat Pekerjaan

"Penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah merupakan antara lima faktor utama yang mempengaruhi kesukaran graduan mendapatkan pekerjaan.

Penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah merupakan antara lima faktor utama yang mempengaruhi kesukaran graduan mendapatkan pekerjaan.

Kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris tidak dapat dipertikaikan walaupun Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia.

Bahasa global ini digunakan dengan meluas dan perlu dikuasai terutama golongan pelajar yang akan meneroka bidang ilmu dalam bidang pendidikan, seterusnya diaplikasi dalam dunia pekerjaan.

Penggunaan teknologi turut membolehkan negara menjadi lebih kompetitif dan berdaya saing terutama dalam era dunia tanpa sempadan yang membentuk persekitaran lebih liberal dalam penggunaan perkhidmatan dan sumber (Yahaya, Hashim, & Che Shariff, 2008; Yahaya, Mohd Noor, Mokhtar, Mohd Rawian, Othman, & Jusoff, 2009).

Keperluan terhadap penguasaan bahasa Inggeris semakin mendesak dalam era globalisasi sehingga Perancis, China, Jepun dan negara-negara lain yang sebelum ini amat tertutup dengan bahasa ini mula mengambil langkah mempelajarinya. Dalam konteks dunia pendidikan pula, seseorang pelajar perlu menguasai bahasa Inggeris untuk memahami bahan-bahan bacaan dalam bahasa Inggeris yang lebih banyak dan mudah diperolehi.

Bahasa Inggeris telah menjadi perantara dalam interaksi dalam kalangan penduduk dunia, termasuk mendapatkan pelbagai bahan bacaan, rujukan dan pengajaran pembelajaran ilmiah bermutu tinggi yang boleh didapati dengan meluas secara dalam talian.

Menurut Ismail (2012), para majikan menjangkakan graduan dalam pasaran pekerjaan mempunyai kemahiran insaniah (soft skills) seperti kemahiran komunikasi, penguasaan bahasa Inggeris, pengetahuan am dan semasa, kebolehan untuk melayan pelanggan, dan sebagainya.

Penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah merupakan antara lima faktor utama yang mempengaruhi kesukaran graduan mendapatkan pekerjaan. Ini disokong dengan kajian dilakukan Abdullah (2007) yang mendapati 33.3% pengangguran dalam kalangan graduan berpunca daripada penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah.

Di atas adalah hasil kajian yang dibuat oleh Maharam MAMAT Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia (2016).

Kemahiran bahasa Inggeris Perlu Bermula Sejak Prasekolah Lagi

Pendedahan kepada bahasa kedua di awal kanak-kanak membantu proses tersebut berjalan dengan lebih mudah. Ini kerana otak kanak-kanak amatm udah menyerap sesuatu yang baru berbanding dengan otak orang yang sudah dewasa. Ini kerana otak mereka masih “fresh” dan bersedia untuk menerima pelbagai input-input penting.

Oleh yang demikian, pemilihan prasekolah juga penting untuk memastikan anak anda dapat mempelajari ilmu bahasa Inggeris dengan baik.

Kebanyakkan ibu bapa menggunakan bahasa ibunda apabila berkomunikasi di rumah. Apa kata bermula hari ni, cuba gunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara. Pasti anak anda dapat mengikutnya secara perlahan-lahan.

Senang kata, lebih awal adalah lebih baik. Sistem pendidikan bahasa Inggeris di negara kita juga sedang mengalami perubahan. Apa salahnya anda mempersiapkan diri anak anda dari sekarang. Masa sangat cepat berjalan. Gunakan ruang dan peluang ini dengan sebaiknya.

Jan 13, 2020

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge