Kegagalan Untuk Membaca Pada Usia Kanak-Kanak - KLC English Language Centre
Kegagalan Untuk Membaca Pada Usia Kanak-Kanak

Kegagalan Untuk Membaca Pada Usia Kanak-Kanak

Kegagalan dalam membaca memberi kesan negatif kepada kanak-kanak dari segi pencapaian akademik dan bersosial.

Kegagalan dalam membaca memberi kesan negatif kepada kanak-kanak dari segi pencapaian akademik dan bersosial. 

 

Dalam era moden seperti sekarang ni, sepatutnya tiada lagi masalah membaca dalam kalangan kanak-kanak. Lebih-lebih lagi jika masalah ini berlaku pada mereka yang tinggal di bandar-bandar besar. Ia amatlah tidak boleh diterima. 

 

Bayangkan, kanak-kanak yang tinggal di pedalaman sekalipun, mampu mendapat pendidikan, jadi apa alasan mereka yang tinggal di bandar dengan kemudahan serba lengkap, tapi masih alami masalah ini. Kenapa perkara ni berlaku?? 

 

Jika tiada gajet, masih ada lagi sumber lain seperti buku bacaan untuk dibaca, jika tidak berkesempatan hantar ke pusat tuisyen, ingatkan anak anda untuk fokus ketika di dalam kelas. Tapi rasanya, masalah sekarang ni sebab kanak-kanak dah terlalu terdedah dengan gajet. 

 

Sebenarnya tiada alasan untuk tidak belajar. Kadang-kadang kita tengok kanak-kanak yang hidup susah lagi semangat nak belajar sebab dia tahu dengan ilmu lah dia boleh berjaya pada masa depan.

 

Zaman milenium sekarang ni ramai kanak-kanak yang jadi “raja” dalam rumah. Bila ibu ayah suruh belajar, ada saja alasan. Itu taknak, ini taknak. Dan ibu bapa, tak mampu berkata apa-apa. Jangan buat begitu. Anak-anak ni kita memang kena tegas sikit untuk didik mereka berdisiplin. Barulah mereka tahu untuk bahagikan masa belajar, masa bermain. 

 

Faktor yang menyumbang kepada masalah membaca:

 

1. Faktor persekitaran. Faktor persekitaran boleh dibahagikan kepada tiga iaitu keluarga, sekolah dan rakan sebaya.

2. Persepsi sesetengah ibu bapa terhadap subjek bahasa yang menganggap bahasa ini tidak penting dan memfokuskan anak-anak mereka kepada mata pelajaran lain menyebabkan anak-anak mereka tidak dapat memahirkan diri dalam penggunaan bahasa yang betul.

3. Masalah membaca di sekolah sepatutnya dapat diselesaikan pada peringkat awal umur, akan tetapi sesetengah guru di sekolah menganggap kelemahan dalam membaca adalah sesuatu yang biasa.

 

4. Tidak mewujudkan persekitaran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris di rumah mahupun di luar.

5. Terlalu terdedah dengan gajet.

 

Apa kesan jika anak kita adalah masalah membaca?

 

1. Menjejaskan prestasi pencapaian murid dalam semua mata pelajaran.

2. Menimbulkan kesukaran untuk mengikuti proses pembelajaran.

3. Memberikan kesan psikologi kepada kanak-kanak sehingga mereka kurang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di sekolah.

4. Murid-murid yang mempunyai tahap kemahiran membaca yang rendah akan berasa terpinggir dan kurang keyakinan diri.

 

Budaya membaca merupakan budaya yang patut diterapkan dalam kalangan masyarakat. Maklumat yang diperoleh melalui pembacaan dapat digunakan sebagai panduan dalam pelbagai aspek kehidupan kita. 

 

3 situasi di bawah adalah perkara yang paling kerap akan berlaku jika kanak-kanak tidak mahir membaca:-

 

1. Cepat bosan

2. Tidak minat membaca buku BI

3. Merasakan BI tu susah

4. Kurang keyakinan diri

5. Berasa takut diketawakan orang lain jika buat salah

 

Anda yang sedang membaca ni saya pasti, anda adalah ibu bapa yang prihatin dan peduli tentang perkembangan anak-anak. Lagi-lagi dalam musim pandemik macam ni. Hampir setahun tak pergi sekolah, jadi memang perkembangan mereka terjejas.

 

Tapi kita sebagai ibu bapa kena bertindak sesuatu, tak boleh duduk diam sahaja. Kena fikir apa yang kita boleh buat untuk bantu anak kita "catch up" balik pembelajaran dalam kelas.

 

Di KLC, kami menyediakan program Bahasa Inggeris yang boleh atasi semua masalah yang anak anda alami. Kami tak cakap kosong tau sebab kami dah bantu lebih 5,000 kanak-kanak mahir asas bahasa Inggeris sejak 5 tahun yang lalu. Bayangkan, kami berjaya bantu 1,000 kanak-kanak dalam masa setahun.

 

Kalau ia berterusan seperti ini, sudah pasti angka kanak-kanak yang mahir BI dalam negara ini akan meningkat, dan mereka yang lemah bahasa Inggeris akan berkurangan.

 

Kalau anda nak tahu lebih lanjut info mengenai program KLC, jom klik gambar di bawah dengan segera!

 

Atau anda juga boleh terus whatsapp kami untuk sebarang pertanyaan lanjut! *** klik ikon whatsapp di bawah!

 

Apr 20, 2021

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge