Membaca Dengan Teknik Yang Betul - KLC English Language Centre
Membaca Dengan Teknik Yang Betul

Membaca Dengan Teknik Yang Betul

Kaedah atau teknik membaca yang tepat memberi kesan kepada perkembangan serta ketepatan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu bahasa.

KAEDAH MEMBACA YANG BETUL PENTING UNTUK BENTUK ASAS BAHASA INGGERIS ANAK ANDA

 

Kaedah membaca atau mengenal huruf yang tepat sangat penting untuk membantu anak anda kuasainya dengan baik. Lebih-lebih lagi Bahasa Inggeris.

Teknik menghafal seperti zaman kita-kita dahulu tidak lagi relevan untuk digunakan kepada anak kita. Ini kerana, teknik menghafal perkataan menyekat kanak-kanak untuk mempelajari lebih banyak perkataan dalam satu-satu masa.

Teknik mengenal huruf, bunyi, serta teknik gabungan sangat efisyen untuk melatih anak anda membaca.

 

 

Sebutan yang tepat juga mempengaruhi kecekapan anak anda untuk membaca serta bertutur.

Jika kita tidak memberi pendedahan kepada mereka tentang asas Bahasa Inggeris sejak kecil, anak anda berkemungkinan akan keliru dengan bunyi perkataan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Latih mereka dengan konsisten. Kanak-kanak amat mudah untuk meresap ilmu-ilmu baru yang mereka pelajari kerana minda mereka masih lagi "fresh".

Jom tengok teknik asas membaca yang digunakan di KLC:

 

Kanak-kanak di atas, Faheem, 4 tahun. Lihat kecekapan dia menggabungkan huruf dan bunyi.

Apabila kanak-kanak dah boleh mengenal huruf & bunyi, teknik gabungan bunyi akan berlaku dengan sangat mudah.

Tengoklah kanak-kanak sekecil Faheem dah boleh gabung huruf dengan baik sekaligus memudahkan dia untuk membaca dengan cekap.

Di KLC, hanya 4 orang pelajar paling maksimum di dalam kelas untuk memastikan kanak-kanak fokus ketika proses pembelajaran.

Oleh sebab itulah, kanak-kanak akan lebih cepat mahir dan secara tidak langsung meningkatkan keyakinan mereka.

Mahu anak anda berjaya seperti Faheem? 

 

Jom tekan ikon whatsapp di bawah untuk info lanjut mengenai program kami:

 

 

 

 

 

 

Apr 02, 2019

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge