Bengkel Bahasa Inggeris di Sekola Baroka, Johor Bahru - KLC English Language Centre
Bengkel Bahasa Inggeris di Sekola Baroka, Johor Bahru

Bengkel Bahasa Inggeris di Sekola Baroka, Johor Bahru

Ini merupakan salah satu bentuk khidmat masyarakat yang kami lakukan khusus untuk kanak-kanak yang berada di sekitar bazar karat, Johor Bahru.

Terima kasih kepada pengurus Sekolah Baroka kerana memberi peluang kepada kami mendekati kanak-kanak ini.

Kami telah melaksanakan bengkel bahasa Inggeris secara percuma untuk mereka. Permainan berasaskan bahasa Inggeris seperti “word search, memory game, dan charrades” turut kami lakukan bersama-sama. Pendekatan untuk beri pendedahan kepada mereka tentang bahasa Inggeris perlulah tepat supaya mereka tak rasa terbeban untuk belajar. Gunakan kaedah yang lebih menyeronokkan untuk meningkatkan minat mereka. 

Kami sangat teruja melihat reaksi kanak-kanak ini sangat gembira dengan aktiviti-aktiviti yang kami jalankan di sana. Semoga berjumpa lagi! 

 

Jan 18, 2020

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge