CSR di House of Joy Puchong - KLC English Language Centre
CSR di House of Joy Puchong

CSR di House of Joy Puchong

Projek CSR KLC kali ini telah dilaksanakan oleh kakitangan KLC Bandar Puteri Puchong di 'House of Joy' Puchong pada 22 Oktober 2018.

Projek CSR KLC kali ini telah dilaksanakan oleh kakitangan KLC Bandar Puteri Puchong di 'House of Joy' Puchong pada 22 Oktober 2018.

HOUSE OF JOY adalah sebuah tempat perlindungan, penjagaan dan latihan kepada anak-anak yatim, remaja yang kurang bernasib baik, ditinggalkan keluarga, terabai, kurang berkemampuan dan juga ada dalam kalangan mereka juga mempunyai masalah-masalah tertentu. 

Selain diberi perlindungan dari segi tempat tinggal, House Of Joy juga menjaga orang-orang tua yang kurang bernasib baik. Di sini, mereka dijaga dengan baik dan dipantau rapi oleh mereka yang menjaga rumah ini. 

Antara aktiviti yang kami jalankan adalah kelas asas bahasa Inggeris percuma untuk membantu kanak-kanak di sana menguatkan asas bahasa Inggeris mereka. Mereka sangat menunjukkan minat untuk belajar dan kami di KLC sangat teruja melihat kegembiraan mereka.

Semoga kita dapat berjumpa lagi di masa hadapan! 

 

Okt 22, 2019

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge