CSR di Zoo Johor - KLC English Language Centre
CSR di Zoo Johor

CSR di Zoo Johor

KLC bersama PTPTN Negeri Johor dan Fanpekka telah menjayakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Zoo Johor pada Zoo Johor pada 24 March 2019.

Seramai 20 orang kakitangan KLC telah bersama-sama membersihkan kawasan zoo terutamanya di kandang haiwan dan sekitarnya. Kami juga berpeluang untuk memberi makanan kepada haiwan di sana dengan pengawasan kakitangan Zoo Johor.

Selain itu juga, kami telah menaman benih pokok di kawasan sekitar zoo untuk menambahkan landskap hijau secara tidak langsung mengindahkan lagi pemandangan di sana.

Pengalaman ini sangat berharga buat kami di KLC kerana bukan setiap hari kita dapat peluang berharga ini. Kami di KLC mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Zoo Johor, PTPTN Negeri Johor dan Fanpekka kerana memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang aktiviti ini berlangsung. 

Di harap kita dapat melaksanakan aktiviti seperti ini lagi pada masa hadapan. 

 

Mac 24, 2020

Penyemak imbas anda tidak menyokong


Penyemak imbas anda tidak boleh menunjukkan kandungan laman web kami. Sila kemas kini, atau pilih penyemak imbas yang lain untuk digunakan.
Muat turun Chrome or Edge